Monday 28 March 2016

Tugasan 1 (Penggunaan e-gov kepada pelajar)

Penggunaan e-gov kepada pelajar


Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ‘Dunia tanpa sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan Internet. Penggunaan jaringan Internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Melalui Internet, kita dapat menelaah pelbagai isu semasa di dunia. Kita tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung. Maka, dengan menekan papan kekunci, kita dapat menambahkan pengetahuan am dan menjadi insan yang berilmu. E-Goverment merupakan alat media elektronik kerajaan dan dikenali sebagai e-gov. E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemoden Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penekanan kepada aspek penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan telah menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 2003 apabila Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahatdir Mohammad telah melancarkan strategi baru ke arah merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada 21 Mei 2003 di Putrajaya. Salah satu strategi yang dirancang ialah strategi yang ke 4 iaitu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dasar kerajaan.
            Kemudahan e-gov ini memudahkan segala pembayaran bil, semakan saman, hutang dan sebagainya dapat diketahui dengan mudah. Malah orang ramai dapat berurusan secara lebih berkesan pada bila-bila masa, selama 24 jam sehari seminggu. Dalam konteks pelajar, semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bahkan keputusan tiap semester. Pelajar juga boleh memohon dan menyemak permohonan pembiayaan biasiswa pelajaran seperti pembiayaan pelajaran anak negeri atau pembiayaan pelajaran dari syarikat awam berhad seperti pembiayaan pelajaran tajaan Petronas, TNB dan TM. Semakan dapat dibuat melalui Internet mahupun capaian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Pihak kerajaan dapat memberikan maklumat tentang kemudahan yang diperoleh oleh orang ramai termasuk pelajar yang menggunakan perkhidmatan e-kerajaan. Dasar kerajaan juga dapat di layari secara talian oleh para pelajar untuk memahami aspirasi kerajaan dan pelan pembangunan Rancangan Malaysia ke-11.
            Kesimpulan, bukan sahaja pelajar dapat memanfaatkan penggunaan e-gov malahan rakyat Malaysia amnya dapat menggunakan dan melayari e-gov untuk kegunaan harian tanpa perlu beratur di kaunter pejabat kerajaan.

No comments:

Post a Comment