Wednesday 18 May 2016

Tugasan 3 (SEKATAN PENYEBARAN MEDIA OLEH KERAJAAN)

Mutakhir ini persoalan media sosial terus mencorakkan polemik dan senario politik di negara ini. Malaysia berdepan persoalan maklumat yang tidak terkawal di alam maya. Cadangan yang agak ekstrem menangani media sosial termasuklah cadangan menyekat akses laman sosial. Agak mustahil untuk menyekat penggunaan media sosial kerana jumlah pengguna Facebook tempatan dilaporkan sudah mencecah 23 juta. Ramai mengakui kehadiran dan kebaikan media sosial yang menjadi alat transformasi dalam semua aspek kehidupan kita. Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan bahawa pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober depan. Usaha meminda akta itu diambil sebagai langkah komprehensif kerajaan membabitkan pindaan pentadbiran dan penguatkuasaan bagi menangani penyalahgunaan dalam media sosial. Pindaan undang-undang sedia ada itu juga mengambil kira beberapa peruntukan penting mengenai pentadbiran dan penguatkuasaan, malah kerajaan sudah mengadakan beberapa siri membabitkan kerjasama pihak berkepentingan.

Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri keempat telah berkongsi pandangannya mengenai Internet dan media sosial di acara Malaysia Sosial Media Week 2015, dan berkongsi pandangan beliau mengenai kebebasan di Internet dan media sosial serta memberikan pendapat berkenaannya. Tun Mahathir memulakan sesinya dengan memberikan kata perbandingan. Beliau membandingkan Internet dan Media Sosial ini seumpama pisau. Pisau boleh diasah, atau dibiarkan tumpul dan pisau juga boleh digunakan untuk memasak, memotong dan mengukir namun jika disalahgunakan, boleh juga digunakan untuk membunuh atau mencederakan orang. Pengguna Internet dan media sosial harus sedar bahawa mereka memiliki peralatan yang boleh digunakan untuk keduanya, dan penting untuk mereka mengetahui cara menggunakannya dengan beretika dan betul.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya, janji pembangkang dalam manifesto mereka untuk menghapuskan semua undang-undang berkaitan media massa adalah tidak pratikal untuk dilaksanakan. Katanya kebebesan media memang perlu ada dalam sesebuah negara, tetapi pada masa yang sama perlu dipastikan kebebasan itu tidak mengancam keselamatan, keamanan dan persefahaman dalam masyarakat majmuk seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment