Wednesday 18 May 2016

Tugasan 4 (INSOMNIA PENYEBAB KURANG PRODUKTIVITI)

Insomnia adalah gangguan sukar tidur di waktu malam yang dialami semua orang dan ianya tidak mengira faktor usia. Masalah insomnia boleh menyebabkan masalah bermacam-macam seperti pening kepala di waktu siang, kurang memberikan perhatian dan juga masalah tekanan darah. Masalah insomnia boleh menyebabkan risiko kesihatan terjejas teruk dan salah satunya ialah kualiti sel sperma menjadi teruk dan mengganggu produktiviti seseorang di waktu siang.

Pesakit insomnia biasanya akan merasa gelisah dan merasa terbeban setiap kali ingin tidur di waktu malam. Perasaan terbeban ini boleh menyebabkan rasa sukar untuk tidur. Semua pesakit insomnia menunjukkan gejala mata bengkak atau berwarna agak gelap. Pesakit insomnia kadang-kala tidak tidur selama berhari-hari meskipun rasa mengantuk dan inginkan tidur malam. Terdapat beberapa gejala insomnia yang kebiasaan muncul. Antaranya, sukar tidur walaupun sudah berbaring sejak sekian lama di tempat tidur, pesakit mudah tidur tapi bangun terlalu awal pagi dan tidak boleh tertidur lagi sehingga pesakit kurang tidur dan tertidur tapi selalu terbangun di waktu tengah malam.

Kajian menujukan bahawa penyebab insomnia yang kerap dihadapi pesakit. Antaranya, tekanan di tempat kerja dan di rumah, pola kehidupan yang berubah drastik, suasana yang tidak memungkinkan untuk tidur, usia yang semakin lanjut dan merasa tegang akan sesuatu. Namun begitu, pakar perubatan telah menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk mengubat atau mengurangkan kesan penyakit insomnia. Antara saranan pakar perubatan ialah pesakit perlu bersenam secara teratur setiap minggu, mengambil makanan berzat yang diperkaya dengan vitamin dan mineral dan jangan mengambil kopi, teh atau minuman berkarbonat.

Oleh itu, selaku pesakit insomnia, pesakit disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya masalah insomnia tidak diatasi lagi. Pakar perubatan boleh memberikan saranan dan nasihat yang penting kepada pesakit insomnia agar dapat membantu menyelesaikan masalah insomnia yang dihadapi oleh pesakit. Dengan semangat disiplin yang kuat, pesakit mampu mengatasi masalah insomnia atau kekurangan tidur.

Tugasan 3 (SEKATAN PENYEBARAN MEDIA OLEH KERAJAAN)

Mutakhir ini persoalan media sosial terus mencorakkan polemik dan senario politik di negara ini. Malaysia berdepan persoalan maklumat yang tidak terkawal di alam maya. Cadangan yang agak ekstrem menangani media sosial termasuklah cadangan menyekat akses laman sosial. Agak mustahil untuk menyekat penggunaan media sosial kerana jumlah pengguna Facebook tempatan dilaporkan sudah mencecah 23 juta. Ramai mengakui kehadiran dan kebaikan media sosial yang menjadi alat transformasi dalam semua aspek kehidupan kita. Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan bahawa pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober depan. Usaha meminda akta itu diambil sebagai langkah komprehensif kerajaan membabitkan pindaan pentadbiran dan penguatkuasaan bagi menangani penyalahgunaan dalam media sosial. Pindaan undang-undang sedia ada itu juga mengambil kira beberapa peruntukan penting mengenai pentadbiran dan penguatkuasaan, malah kerajaan sudah mengadakan beberapa siri membabitkan kerjasama pihak berkepentingan.

Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri keempat telah berkongsi pandangannya mengenai Internet dan media sosial di acara Malaysia Sosial Media Week 2015, dan berkongsi pandangan beliau mengenai kebebasan di Internet dan media sosial serta memberikan pendapat berkenaannya. Tun Mahathir memulakan sesinya dengan memberikan kata perbandingan. Beliau membandingkan Internet dan Media Sosial ini seumpama pisau. Pisau boleh diasah, atau dibiarkan tumpul dan pisau juga boleh digunakan untuk memasak, memotong dan mengukir namun jika disalahgunakan, boleh juga digunakan untuk membunuh atau mencederakan orang. Pengguna Internet dan media sosial harus sedar bahawa mereka memiliki peralatan yang boleh digunakan untuk keduanya, dan penting untuk mereka mengetahui cara menggunakannya dengan beretika dan betul.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya, janji pembangkang dalam manifesto mereka untuk menghapuskan semua undang-undang berkaitan media massa adalah tidak pratikal untuk dilaksanakan. Katanya kebebesan media memang perlu ada dalam sesebuah negara, tetapi pada masa yang sama perlu dipastikan kebebasan itu tidak mengancam keselamatan, keamanan dan persefahaman dalam masyarakat majmuk seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tugasan 2 (Penyebaran maklumat palsu melalui pautan di media sosial)

Hari demi hari, pelbagai teknologi canggih dicipta bagi memudahkan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Daripada peranti-peranti berteknologi tinggi sehinggalah penemuan saintifik yang mengubah masa depan dunia, semuanya memperlihatkan kebijaksanaan manusia untuk menentukan survival mereka. Lebih menakjubkan, teknologi-teknologi yang dicipta ini adakalanya melangkaui imaginasi umat manusia yang tidak mungkin kita gambarkan sebelum ini. Jika 20 hingga 30 tahun dahulu, kita diperkenalkan dengan Internet, kini dunia pula dilanda dengan penggunaan media sosial yang kian berpengaruh dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat. Dengan hanya menekan punat pada perantinya, apa sahaja boleh dilayari dalam sekelip mata. Manusia kini semakin bijak, lebih bijak daripada zaman datuk nenek terdahulu. Lebih bijak hinggakan ada kalanya kebijaksanaan yang dimiliki itu menyebabkan mereka ini terlalu alpa dan terikut-ikut dengan peredaran semasa. Begitu kuat sekali pengaruh teknologi-teknologi yang canggih hinggakan manusia seolah-olah terpaksa berlumba-lumba untuk mendapatkannya bagi memastikan masing-masing tidak ketinggalan zaman. Di sebalik kebijaksanaan dan kecerdikan itu, timbul satu sikap yang dilihat kurang menyenangkan dalam diri mereka apabila masing-masing terlalu takjub dengan penyebaran maklumat secara sewenang-wenangnya.
Dewasa ini, platform untuk berhubung antara satu sama lain begitu mudah. Adanya kemudahan media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter mahupun Instagram membolehkan manusia bertindak sebagai "world citizens" dan menjadi wartawan rakyat. Bermacam-macam mesej diterima dan disebarkan kepada rakan-rakan mereka seolah-olah apa yang diterima itu benar-benar belaka. Akan tetapi, dalam keghairahan menyebarkan mesej-mesej tersebut, mereka mungkin terlupa dan tidak sedar bahawa bukan semua mesej yang disampaikan di media sosial adalah sahih belaka.
Beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini seperti penyebaran khabar angin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan oleh segelintir penulis blog tidak bertanggungjawab, penyebaran bahawa pihak kerajaan cuba menahan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini dan juga penyebaran berita kematian palsu seorang pemimpin pembangkang jelas membuktikan kebijaksanaan yang dimiliki itu adakalanya disalahgunakan untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Kita tidak salahkan penyebaran berita-berita kepada orang lain selagi penyebaran yang dilakukan itu dibuat dengan cara yang baik. Bagaimanapun, apabila penyebaran berita itu dibuat dengan niat untuk memporak-perandakan keadaan, untuk mengaibkan orang lain, maka perbuatan sedemikian perlu dihentikan segera.

Monday 28 March 2016

Tugasan 1 (Penggunaan e-gov kepada pelajar)

Penggunaan e-gov kepada pelajar


Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ‘Dunia tanpa sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan Internet. Penggunaan jaringan Internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Melalui Internet, kita dapat menelaah pelbagai isu semasa di dunia. Kita tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung. Maka, dengan menekan papan kekunci, kita dapat menambahkan pengetahuan am dan menjadi insan yang berilmu. E-Goverment merupakan alat media elektronik kerajaan dan dikenali sebagai e-gov. E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemoden Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penekanan kepada aspek penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan telah menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 2003 apabila Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahatdir Mohammad telah melancarkan strategi baru ke arah merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada 21 Mei 2003 di Putrajaya. Salah satu strategi yang dirancang ialah strategi yang ke 4 iaitu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dasar kerajaan.
            Kemudahan e-gov ini memudahkan segala pembayaran bil, semakan saman, hutang dan sebagainya dapat diketahui dengan mudah. Malah orang ramai dapat berurusan secara lebih berkesan pada bila-bila masa, selama 24 jam sehari seminggu. Dalam konteks pelajar, semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bahkan keputusan tiap semester. Pelajar juga boleh memohon dan menyemak permohonan pembiayaan biasiswa pelajaran seperti pembiayaan pelajaran anak negeri atau pembiayaan pelajaran dari syarikat awam berhad seperti pembiayaan pelajaran tajaan Petronas, TNB dan TM. Semakan dapat dibuat melalui Internet mahupun capaian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Pihak kerajaan dapat memberikan maklumat tentang kemudahan yang diperoleh oleh orang ramai termasuk pelajar yang menggunakan perkhidmatan e-kerajaan. Dasar kerajaan juga dapat di layari secara talian oleh para pelajar untuk memahami aspirasi kerajaan dan pelan pembangunan Rancangan Malaysia ke-11.
            Kesimpulan, bukan sahaja pelajar dapat memanfaatkan penggunaan e-gov malahan rakyat Malaysia amnya dapat menggunakan dan melayari e-gov untuk kegunaan harian tanpa perlu beratur di kaunter pejabat kerajaan.

Friday 26 February 2016

NEGARA BANGSA



Negara bangsa merupakan salah satu konteks dalam Malaysia. Negara bangsa juga merupakan konsep atau pembentukan sesebuah negara. contohnya di Malaysia sendiri perbagai bangsa menjadi asas pembentukan negara Malaysia. Bangsa juga boleh dirujuk sebagai budaya ataupun etnik. Seperti di negara kita, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang terbesar seperti Melayu, Cina dan India. kesefahaman dalam pelbagai budaya dan bangsa ini melahirkan masyarakat yang terintegriti dalam kalangan masyarakat malaysia.


Golongan mahasiswa merupakan golongan yang berpendidikan dan mempunyai ilmu dalam bidang tertentu. mahasiswa merupakan golongan yang penting dalam mencorakkan pembinaan negara Malaysia pada masa akan datang. Jadi golongan ini mempunyai peranan penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Mereka ini merupakan golongan penduduk yang umumnya terlibat dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan melaksanakan perancangan pembangun serta pentadbiran dalam negara ini.


Dalam pembentukan negara bangsa perlu melalui aspek kenegaraan yang merujuk kepada negara dan aspek kewarganegaraan yang merujuk kepada bangsa. Konsep kenegaraan seharusnya dipupuk dalam diri rakyat negara demi mencapai keutuhan sebagai kumpulan sosial. semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan Rukun Negara dan sebagainya. Konsep kenegaraan pula dapat dilihat melalui bangsa yang terdapat di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain yang disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.


Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 yang kemudiannya diperutuhkan lagi denganpembentukan Malaysia pada 16 September 1963 telah menyaksikan penggabungan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak berjaya merealisasikan konsep 'Satu Negara Satu Bangsa'.