Wednesday 18 May 2016

Tugasan 4 (INSOMNIA PENYEBAB KURANG PRODUKTIVITI)

Insomnia adalah gangguan sukar tidur di waktu malam yang dialami semua orang dan ianya tidak mengira faktor usia. Masalah insomnia boleh menyebabkan masalah bermacam-macam seperti pening kepala di waktu siang, kurang memberikan perhatian dan juga masalah tekanan darah. Masalah insomnia boleh menyebabkan risiko kesihatan terjejas teruk dan salah satunya ialah kualiti sel sperma menjadi teruk dan mengganggu produktiviti seseorang di waktu siang.

Pesakit insomnia biasanya akan merasa gelisah dan merasa terbeban setiap kali ingin tidur di waktu malam. Perasaan terbeban ini boleh menyebabkan rasa sukar untuk tidur. Semua pesakit insomnia menunjukkan gejala mata bengkak atau berwarna agak gelap. Pesakit insomnia kadang-kala tidak tidur selama berhari-hari meskipun rasa mengantuk dan inginkan tidur malam. Terdapat beberapa gejala insomnia yang kebiasaan muncul. Antaranya, sukar tidur walaupun sudah berbaring sejak sekian lama di tempat tidur, pesakit mudah tidur tapi bangun terlalu awal pagi dan tidak boleh tertidur lagi sehingga pesakit kurang tidur dan tertidur tapi selalu terbangun di waktu tengah malam.

Kajian menujukan bahawa penyebab insomnia yang kerap dihadapi pesakit. Antaranya, tekanan di tempat kerja dan di rumah, pola kehidupan yang berubah drastik, suasana yang tidak memungkinkan untuk tidur, usia yang semakin lanjut dan merasa tegang akan sesuatu. Namun begitu, pakar perubatan telah menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk mengubat atau mengurangkan kesan penyakit insomnia. Antara saranan pakar perubatan ialah pesakit perlu bersenam secara teratur setiap minggu, mengambil makanan berzat yang diperkaya dengan vitamin dan mineral dan jangan mengambil kopi, teh atau minuman berkarbonat.

Oleh itu, selaku pesakit insomnia, pesakit disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya masalah insomnia tidak diatasi lagi. Pakar perubatan boleh memberikan saranan dan nasihat yang penting kepada pesakit insomnia agar dapat membantu menyelesaikan masalah insomnia yang dihadapi oleh pesakit. Dengan semangat disiplin yang kuat, pesakit mampu mengatasi masalah insomnia atau kekurangan tidur.

No comments:

Post a Comment