Insomnia adalah gangguan sukar
tidur di waktu malam yang dialami semua orang dan ianya tidak mengira faktor
usia. Masalah insomnia boleh menyebabkan masalah bermacam-macam seperti pening
kepala di waktu siang, kurang memberikan perhatian dan juga masalah tekanan
darah. Masalah insomnia boleh menyebabkan risiko kesihatan terjejas teruk dan
salah satunya ialah kualiti sel sperma menjadi teruk dan mengganggu produktiviti
seseorang di waktu siang.
Pesakit insomnia biasanya akan merasa gelisah
dan merasa terbeban setiap kali ingin tidur di waktu malam. Perasaan terbeban
ini boleh menyebabkan rasa sukar untuk tidur. Semua pesakit insomnia
menunjukkan gejala mata bengkak atau berwarna agak gelap. Pesakit insomnia
kadang-kala tidak tidur selama berhari-hari meskipun rasa mengantuk dan
inginkan tidur malam. Terdapat beberapa gejala insomnia yang kebiasaan muncul.
Antaranya, sukar tidur walaupun sudah berbaring sejak sekian lama di tempat
tidur, pesakit mudah tidur tapi bangun terlalu awal pagi dan tidak boleh
tertidur lagi sehingga pesakit kurang tidur dan tertidur tapi selalu terbangun
di waktu tengah malam.
Kajian menujukan bahawa penyebab insomnia yang
kerap dihadapi pesakit. Antaranya, tekanan di tempat kerja dan di rumah, pola
kehidupan yang berubah drastik, suasana yang tidak memungkinkan untuk tidur,
usia yang semakin lanjut dan merasa tegang akan sesuatu. Namun begitu, pakar
perubatan telah menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk mengubat atau
mengurangkan kesan penyakit insomnia. Antara saranan pakar perubatan ialah
pesakit perlu bersenam secara teratur setiap minggu, mengambil makanan berzat
yang diperkaya dengan vitamin dan mineral dan jangan mengambil kopi, teh atau
minuman berkarbonat.
Oleh itu, selaku pesakit
insomnia, pesakit disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya masalah insomnia
tidak diatasi lagi. Pakar perubatan boleh memberikan saranan dan nasihat yang
penting kepada pesakit insomnia agar dapat membantu menyelesaikan masalah
insomnia yang dihadapi oleh pesakit. Dengan semangat disiplin yang kuat,
pesakit mampu mengatasi masalah insomnia atau kekurangan tidur.